Tuesday, January 15, 2013

D i D i K

Sewaktu anak sulong kami menjejaki alam persekolahan, saya menyimpan hasrat untuk menghantarnya ke sekolah berasrama sekira tiba masanya kelak. Biar dia menikmati kehidupan bersama rakan2, berdikari tanpa bantuan ibu ayah. Tapi malangnya pendirian saya tidak disokong sama sekali oleh suami. Terlalu banyak alasan yg didebatkan, terutamanya penekanan terhadap pendidikan anak2 yang tidak sepatutnya diserahkan kepada pihak ke tiga. Akhirnya saya mengalah, makin pula di kala anak menduduki peperiksaan UPSR, saya mengambil keputusan menamatkan alam pekerjaan dan memulakan kehidupan baru sebagai surirumah sepenuh masa. Walaupun keputusan peperiksaan anak cemerlang, namun kami telah bersepakat untuk tidak memohon ke mana2 sekolah berasrama.

Hari ni, saya amat berterima kasih pada suami. Anak2 sentiasa di hadapan mata kami.. solatnya, ibadahnya, pelajarannya, komunikasinya, sosialnya.. sentiasa dalam pemantauan dan tunjuk ajar kami. Setiap hari kami berpeluang solat bersama, bermaafan bersama, berpelukan bersama, bercerita bersama, makan bersama, beriadah bersama, segala-galanya bersama. Di sinilah saya rasakan peranan ibubapa bermula, memberi panduan dan tunjuk ajar di kala anak2 baru hendak mengenal erti kehidupan sebenar, sebelum mereka melangkah dengan lebih jauh lagi..


Ya Allah,
Berilah kekuatan bagi kami untuk menjadi ibubapa yang cemerlang
Berilah petunjuk kepada kami agar kami tidak tersasar dalam mendidik puteri2 kami
Jadikanlah puteri2 kami hamba Mu yang solehah, cemerlang di dunia dan di akhirat

Amiin.


Monday, January 14, 2013

DaPuR & MaSaK

Emak memang seorang yang rajin memasak. Walaupun emak penat bekerja sebagai seorang guru, walaupun kami mempunyai pembantu rumah sedari kecil, tapi bila bab memasak memang emak yang akan bertungkus lumus di dapur. Breakfast, lunch, tea, dinner, supper..memang complete meal setiap hari.

Sekarang, setelah berkeluarga dan mempunyai anak2.. rasa beruntung sangat2, sekurang2nya saya telah terlatih di dapur. Dapur adalah territory saya. Hinggakan saya akan stress kalau tapak jajahan saya tidak dijaga baik, haha. Seeloknya, sambil memasak dengan air tangan sendiri, sebaik-baiknya berzikir dan berdoalah, semoga makanan yang akan dijamu tersebut akan mendapat keberkatan dari Nya. Bak kata Chef Ammar.. masak dari hati, masak dengan iman

Puding karamel saya baru sahaja dikeluarkan dari oven. Apa pula menu hidangan keluarga anda hari ini? Selamat memasak..

Wednesday, January 9, 2013

Happy New Year


Lama rupanya tak update blog ni (cuti sekolah tidak bermakna ibu2 di rumah pun bercuti sama), tapi semakin aktif dan kreatif untuk memastikan anak2 memanfaatkan cuti sebaik mungkin. Sangat sibuk, tau2 dah masuk tahun baru. Cepatnya masa berjalan..kan?

Apa2 pun, syukur Alhamdulillah yg tak terhingga, kehidupan 2012 dilalui dengan sangat baik sekali. Semoga tahun baru 2013 ini akan memberikan kebahagian yg berlipat ganda buat kita semua..amiin

Jom kita rancang special events untuk tahun ni!
Hmmmm...(smile)