Wednesday, October 1, 2014

Kejap Ada..Lamaaa Tak Ada



Huu huuu...lamanya saya tak menjenguk rumah saya ni ye?
Hahh??? Dah lebih setahun???

Ok Ok..saya nak kena ambik mood 3M semula
(Merapu - Merepek - Melalut)



Friday, March 1, 2013

PoSiTiVe

"Untuk menjadi seorang yg lebih baik, kita perlu sentiasa bersikap positif dalam kehidupan kita"Itulah kata2 hikmah yg sering dilaungkan oleh pakar mata dan motivasi terkenal, Prof Dr Muhaya (sukanya tengok/dengar doc ni bagi nasihat). 

Yerrr.. memang betul tu! Kita perlu sentiasa bersikap POSITIF! Orang bersikap positif akan sentiasa bahagia, sihat, tenang, berjaya dan cemerlang di dalam hidupnya. 

Macamana nak jadi seorang yg positif ye? Heisshh, budak tadika pun boleh jawab tau.. 


Banyak sebenarnya, saya pun sedang berusaha berubah untuk menjadi insan yg lebih baik, in syaa Allah.. selow2 lama2 jadi lah arnab pulak! (hewahh, pandai je tukar ehh). 


Kita ada al-quran, kita ada sunnah Rasulullah, jadi janganlah kita jadi manusia yg bodoh sombong untuk belajar dan beramal. Internet ada, blog ada, facebook ada, macam2 ada sekarang ni.. tekan je, semua informasi boleh dapat di hujung jari (tapi jangan la pulak cari maklumat yg mengarut2 ehh..berdosa taww). So, jangan jadi malas, jangan berlengah, jangan buang masa.. sementara masih sihat, sementara masih muda, sementara masih bernyawa.. mari lah kita berubah! Jom! Jom!

Be POSITIVE!

Thursday, February 28, 2013

Masjid

Alhamdulillah, sekian lama menanti, akhirnya siap juga Masjid Tengku Ampuan Jemaah, bagi kemudahan kariah Bukit Jelutong. Walaupun rata2 penduduknya boleh dikira golongan yg sibuk bekerja, namun aktiviti masjid dan surau sentiasa dipenuhi dengan ahli2nya. Diharapkan dengan berdirinya masjid baru ini akan menambahkan lagi kekuatan ukhuwah sesama penduduk dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan keimanan.
In Syaa Allah..

(rindunya pada masjidil haram dan masjid nabawi)

Tuesday, February 26, 2013

Asam Pedas

Heishh.. tengok gambar je terus terasa lapar!! Kan..kan?

Saya ni orang Melaka. Off course la asam pedas ni makanan rasmi kami sekeluarga sepanjang masa. Kalau di majlis perkahwinan, biasanya tetamu pasti akan dihidangkan dengan lauk asam pedas tetel bersama nasi minyak. Mmm, sedapnya..

Asam pedas yg paling saya suka semestinya asam pedas tulang/daging, asam pedas ikan parang dan asam pedas ikan pari. Memang bertambah2lah selera saya makan kalau dihidangkan lauk tersebut. 

Pada kawan2 yg dah lama bersabar tunggu resepi asam pedas daging dari saya ni, saya tulis yg ringkas2 jer ye kat sini. Perencah dia sama je macam perencah asam pedas biasa i.e. cili kering, bawang, belacan (kalau nak laa), kunyit hidup, dan utk daging letak la serbuk kari sikit.. semua tu blend la ye.. yg penting nanti kena letak serai, daun limau perut dgn lengkuas, benda2 tu untuk hilangkan hanyir daging dan sebenarnya membangkitkan rasa dia. Macam biasa, tumis, masuk daging, masuk air. Jangan masuk air asam jawa dulu ye, nnti liat pulak daging tu. Nanti dah empuk baru la ditambahkan air asam jawa. Tunggu la sampai mendidih.. dan sedia untuk dihidang!

Wallaa.. meleleh air liur dibuatnya!!

Monday, February 25, 2013

Spring Cleaning


4 maids @ 2 hours for RM160.00

OK ke tak??

Walau apa pun..saya memang sangat2 memerlukan perkhidmatan ini, di waktu ini, dan ketika ini!! (muka letih dan simpati)

Saya belum pernah lagi mencuba servis seperti ini. Sejak pembantu rumah tiada, segagahnya saya sendiri yg akan mengemas dan membersihkan rumah (semestinya juga dengan bantuan suami dan anak2.. muah muah, sayang ketat2). Tapi sekali-sekala dapatkan bantuan dari luar, apa salahnya kan?

Appointment dah set.. esok mereka akan datang.. harap2nya saya akan berpuas hati, dan tidak mustahil saya akan pertimbangkan untuk perkhidmatan yg seterusnya!

UMRAH


Setiap muslim yg pernah menjejakkan kaki ke masjidil haram dan masjid nabawi pasti akan merindui dan bercita2 untuk datang kembali ke sana. Syukur Alhamdulillah, perjalanan umrah kami berjalan dengan lancar dan baik sekali. Ibadah kali ini semakin menyeronokkan terutamanya buat anak2 yg telah berpengalaman sebelum ini, menjadikan mereka lebih menghayati perjalanan umrah dan ziarah kali ini. 

Bercuti untuk beribadah di dua tanah haram bersama ahli keluarga sangat2 mengujakan. Tidak perlu ribut dengan urusan dunia, jiwa raga ditumpukan sepenuhnya untuk ibadah semata2..berkejaran ke masjid pada setiap waktu solat, menyibukkan diri dengan solat2 sunat dan bacaan2 al-quran di setiap waktu terluang, menikmati keindahan baitullah yg sentiasa penuh dengan jemaah bertawaf, mengejar peluang untuk berada di hijir ismail dan rawdah, bersungguh2 memohon keampunan dari Allah swt, serta mengumpul pahala sebanyak mungkin..sangat2 mendamaikan jiwa. Semoga Allah swt akan murahkan rezeki kami dan memudahkan urusan untuk kami kembali lagi ke sana..amiin.

Begitulah janji Allah, yg sentiasa menjaga ke dua2 tanah haram itu, yg memakbulkan permintaan nabi Ibrahim as dan Muhammad saw, agar memelihara ketenteraman bagi setiap pengunjung yg datang. Moga kita sentiasa dalam rahmatnya..



Tuesday, January 15, 2013

D i D i K

Sewaktu anak sulong kami menjejaki alam persekolahan, saya menyimpan hasrat untuk menghantarnya ke sekolah berasrama sekira tiba masanya kelak. Biar dia menikmati kehidupan bersama rakan2, berdikari tanpa bantuan ibu ayah. Tapi malangnya pendirian saya tidak disokong sama sekali oleh suami. Terlalu banyak alasan yg didebatkan, terutamanya penekanan terhadap pendidikan anak2 yang tidak sepatutnya diserahkan kepada pihak ke tiga. Akhirnya saya mengalah, makin pula di kala anak menduduki peperiksaan UPSR, saya mengambil keputusan menamatkan alam pekerjaan dan memulakan kehidupan baru sebagai surirumah sepenuh masa. Walaupun keputusan peperiksaan anak cemerlang, namun kami telah bersepakat untuk tidak memohon ke mana2 sekolah berasrama.

Hari ni, saya amat berterima kasih pada suami. Anak2 sentiasa di hadapan mata kami.. solatnya, ibadahnya, pelajarannya, komunikasinya, sosialnya.. sentiasa dalam pemantauan dan tunjuk ajar kami. Setiap hari kami berpeluang solat bersama, bermaafan bersama, berpelukan bersama, bercerita bersama, makan bersama, beriadah bersama, segala-galanya bersama. Di sinilah saya rasakan peranan ibubapa bermula, memberi panduan dan tunjuk ajar di kala anak2 baru hendak mengenal erti kehidupan sebenar, sebelum mereka melangkah dengan lebih jauh lagi..


Ya Allah,
Berilah kekuatan bagi kami untuk menjadi ibubapa yang cemerlang
Berilah petunjuk kepada kami agar kami tidak tersasar dalam mendidik puteri2 kami
Jadikanlah puteri2 kami hamba Mu yang solehah, cemerlang di dunia dan di akhirat

Amiin.