Wednesday, November 14, 2012

Dhuha

Bukan senang nak didik diri istiqomah sesuatu yg disukai Allah kan? Tapi semua tu 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'. Bukan lama pun nak buat solat dhuha ni, 2 rakaat pun dah memadai, 5 minit je dah pun selesai. Yg penting niat hati kena bersungguh2 dan yakin akan keberkatan yang dijanjikan Nya.. 

Mulai hari ini, apa kata kita mulakan sesuatu yg baik untuk diri kita, yg akan menjadi amalan sebati dalam diri kita, yang akan mendekatkan diri kita pada Nya, yg akan menjadikan kita seorang hamba yg sentiasa bersyukur, beriman dan beramal soleh... JOM SOLAT DHUHA!! 


Ya Allah
sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu
kecantikannya kecantikan Mu
keindahannya keindahan Mu
kekuatannya kekuatan Mu
kekuasaannya kekuasaan Mu
perlindungannya perlindungan Mu

Ya Allah
jika rezki masih di langit turunkanlah
jika dibumi keluarkanlah
jika sukar permudahkanlah
jika haram sucikanlah
jika sukar permudahkanlah

berkat waktu dhuha
kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu
limpahkan kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2 Mu yang soleh

Thursday, November 1, 2012

NoVemBer


Hari ni dah masuk november, cepatnya masa berjalan. Bila dah masuk november ni, maka banyak la benda nak kena take note..

1. Cuti sekolah.. first thing nak kena tambah stock makanan banyak2 kat rumah. Kalau ada yg rasa nak mengunyah nanti, tak payah la nak berlari ke kedai pulak, kan? Bongkar je la apa yg ada kat dapur tu.

2. Wedding, wedding, wedding.. ni pun dah ada 5 jemputan untuk hujung tahun ni. Buat kawan2 yg nak menyambut menantu dan adik2 yg nak naik pelamin tu, tahniah ye! Barakallah..

3. Swimming class? Alamak! Nak kena cari balik nombor cikgu Eve.. will do, will do!

4. Birthday Farah! Ok, hadiah dah setel. Makin dewasa makin mahal hadiah yang dimintaknya..hehh!

5. Anak2 dah tak sabar nak pergi jumpa bibik. Diam tak diam, dah setahun setengah bibik menamatkan perkhidmatan. Dan diam tak diam jugak, dah setahun setengah saya menyambung perkhidmatan dia..hahaha. Tunggu ya bik!!

6. Apa lagi eh? Mesti la banyak yg unplanned menerjah2 nanti..


Aidil Adha / Haji / Korban


Aidil Adha dah pun berlalu.. jemaah2 haji dah pun mula berangkat pulang ke tanah air.. yang berniat melaksanakan ibadah korban dah pun selamat disembelihkan.. syukur Alhamdulillah, semoga kita semua mendapat rahmat dari Nya.

Muhasabah diri : Apa pengorbanan yang kita dah buat ye untuk tahun ini? Untuk yang Maha Esa? Diri kita? Keluarga? Orang sekeliling? Ingat, kita bukan bersendirian kat dunia ni..
Selamat Hari Raya  (",)